ALOR SETAR: Seorang pemilik syarikat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM44,600 di bawah Program Penjana 2.0 Kerjaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada 2021.
Muhammad Asyraf Omar, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah selepas pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan pilihan itu, Muhammad Asyraf dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu dokumen Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja pada 16 Mei 2021 di Unit Pegawai Pekhidmatan Pekerjaan, Perkeso Kedah.
Ia bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana 2.0 Perkeso Kerjaya berjumlah RM44,600 kepada ejen Perkeso yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.
Sehubungan itu, Muhammad Asyraf dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Nov ini untuk fakta kes serta hukuman.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rehab Abdul Shukur, manakala tertuduh diwakili Peguam Muhaimin Hashim.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Tertuduh (depan) diiringi pegawai SPRM di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Mendiang Mutang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial
Jasad mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, 33 km dari sini hari ini.
Lagi insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur, kali ini berdekatan Jalan Pinang
Difahamkan, sekurang-kurangnya sebuah kenderaan turut dihempap pokok dalam kejadian tersebut.
AWANI Ringkas: Gunung berapi Ibu meletus, muntahkan abu setinggi 5km
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Biden ulangi kebimbangan mengenai serangan Israel di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengulangi kebimbangan mengenai kesan buruk yang akan berlaku susulan serangan Israel keatas Rafah.
Gunung berapi Ibu meletus di Indonesia
Gunung berapi Ibu di pulau terpencil Halhamera di Indonesia meletus sekita jam 9.12 pagi waktu tempatan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara, ke-14 terbaik Asia
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
Prosedur tampal kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid baru-baru ini menunjukkan reaksi positif.
Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Hanya bas dibenarkan, van pelancong dari Thailand tidak dibenarkan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan hanya bas dri Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia, van pelancongan dari negara itu tidak dibenarkan kerana khuatir menjejaskan industri pelancongan negara.
Johor cadang tambah gerabak KTMB JB Sentral - MB
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Johor Bahru Sentral (JB Sentral).
Pemilik syarikat dituduh palsukan maklumat Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan memalsukan maklumat untuk mendapatkan insentif melalui Program Penjana Kerjaya 1.0 (Penjana Kerjaya).
Pemilik syarikat didakwa menipu kemukakan dokumen palsu kepada Perkeso
Seorang pemilik syarikat teknologi maklumat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan menipu dengan mengemukakan dokumen palsu kepada Perkeso.
Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu, tipu tuntut insentif lebih RM170,000
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.
Pemilik syarikat didakwa buat tuntutan palsu penjana RM44,600
Seorang pemilik syarikat mengaku bersalah atas pertuduhan membuat tuntutan palsu RM44,600 di bawah Program Penjana 2.0 Kerjaya Perkeso.
SPRM Terengganu tahan penjawat awam disyaki terima kenderaan sebagai rasuah
Kedua-dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman kira-kira 3 petang tadi.
SPRM tahan pemilik syarikat palsukan dokumen kerja penyelenggaraan lebih RM1 juta
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang Isnin ketika hadir di Pejabat SPRM Cawangan Tawau.
Sindiket kuota umrah: Pemilik syarikat ditahan
Menurut sumber, berikutan penahanan lelaki berusia 36 tahun itu, SPRM turut merampas beberapa dokumen serta wang tunai.
Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu
Seorang pemilik syarikat elektrik dan elektronik didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial.
Pengarah, pemilik syarikat direman empat hari bantu siasatan tuntutan palsu
Kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan tuntutan palsu RM20.3 juta insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.
Lelaki didakwa terima rasuah RM1.1 juta berkaitan tender notis saman PDRM
Seorang pemilik sebuah syarikat swasta didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.1 juta berkaitan tender notis saman PDRM.